Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berjalan masuk untuk memberi keterangan susulan dakwaan yang mengaitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dengan isu berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS) di di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, , 03 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan membabitkan tuduhan Rafizi Ramli terhadap Datuk Dr Abd Latiff Ahmad yang dikatakan terbabit dalam projek kapal tempur pesisir (LCS) telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan susulan.

Mengesahkan perkara itu kepada media, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, bagaimanapun berkata, siasatan terhadap dakwaan Timbalan Presiden PKR itu masih berjalan.

Rafizi sebelum ini mendakwa Dr Latiff serta seorang wanita  bernama Zainab Mohd Salleh yang dikatakan isteri Dr Latif terbabit dalam dalam penyelewengan projek LCS.

Susulan daripada itu, satu laporan polis dibuat oleh Pegawai Tugas-Tugas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Dr Abd Latiff, Sayed Ahmad Mui’izzuddin Al-Sayed Mohamad terhadap Rafizi.

Sabtu lepas, polis merakam keterangan Rafizi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (kesalahan memfitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik). -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast