Ronald (dua dari kanan) pada mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Pulau Pinang Ke-48 di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.

KEPALA BATAS – Kementerian Kewangan diminta mempertingkatkan peruntukan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) demi memastikan kerancakan penyediaan bekalan makanan negara sentiasa terjamin.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia bagi memastikan program baharu yang perlu diketengahkan kementerian itu diolah secara berterusan.

“MAFI merupakan antara kementerian penting yang perlu diberi keutamaan dalam bajet yang akan dibentangkan pada 7 Oktober depan.

“Ia susulan beberapa pendekatan baru seperti penanaman padi dua tahun dan juga pemodenan dalam sektor pertanian dilaksanakan. Jadi dari segi adaptasi kita memerlukan dana yang berterusan dari kerajaan.

“Sehubungan itu, MAFI berharap kementerian kewangan melihat ini sebagai sesutau yang perlu diberi keutamaan dan MAFI memohon agar bajet tahunan akan ditingkatkan,” katanya.

Katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Pulau Pinang Ke-48 di sini hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai isu kenaikan harga sayur sebanyak 10 peratus berikutan kekurangan bekalan yang dihadapi ketika ini, Ronald berkata, ia berada pada tahap stabil dan terkawal.

Katanya, turun naik harga barangan makanan dalam tempoh dua tahun lalu adalah disebabkan kos import yang tertakluk kepada perubahan kos di luar negara yang di luar kawalan.

“Jika ia perlu intervansi daripada kerajaan sebagaimana yang berlaku pada ayam dan telur ayam yang sedang diambil oleh kerajaan, kerajaan memberi subsidi dan sebagainya.

“Kerajaan melalui MAFI, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sentiasa memantau dari segi bekalan dan harga bekalan makanan dan tentu sekali kita mengolahkan intervansi bagi memastikan harga bagi pengguna suatu harga yang memadai, walaupun ia tertakluk kpd kenaikan kos import dari luar negara,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast