Mohd. Hairi Mad Shah

JOHOR BAHRU –  Kerajaan negeri akan menyediakan skrin gergasi di setiap daerah bagi memberi peluang kepada penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tidak berkesempatan menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil  Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah memberitahu, langkah itu memberi peluang kepada penyokong dan pemimat JDT  merasai kemeriahan aksi final itu bersama ratusan penonton yang lain.

Jelasnya wakil rakyat di beberapa daerah seperti di Pagoh dan Tenang juga sudah mengambil inisiatif untuk mengadakan program rakyat bersempena dengan perlawanan akhir Piala FA.

“Ini bukanlah kali pertama kami akan menyediakan layar besar untuk semua kita yang tidak ada peluang untuk ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan sendiri perlawanan itu nanti.

“Saya yakin Insyalllah jika lihat prestasi JDT akan menang,”katanya ketika dihubungi mengenai perkara itu hari ini,” katanya.

Perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan TFC yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil akan disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam, Sabtu ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast