khaled nordin
Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Jentera UMNO perlu membawa mesej yang jelas bahawa kerajaan negeri dan Persekutuan mesti selari agar kebajikan rakyat, ekonomi dan pembangunan dapat dibangunkan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, yang paling penting, Barisan Nasional (BN) perlu menjadi kerajaan yang stabil, kuat dan berpengalaman.

“Memasuki tahun keempat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu, semua jentera parti perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi PRU-15 untuk kita kembali menangkan BN peringkat Persekutuan,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Beliau juga mahu momentum kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diteruskan pada PRU-15 agar BN dapat mengambil semula kerusi Parlimen Pasir Gudang.

Mohamed Khaled pernah menyandang kerusi Parlimen Pasir Gudang selama dua penggal selepas memenanginya pada PRU-11 dan PRU-12.

Normala Abdul Samad yang bertanding atas tiket BN memenangi kerusi tersebut pada PRU-13.

Pada PRU-14, Mohamed Khaled kembali bertanding di Pasir Gudang namun beliau dikalahkan oleh calon PKR, Hassan Abdul Karim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast