KUALA LUMPUR – ”Cara cerita macam ubah sekarang, ringgit terus naik,” tempelak Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mengulas ciapan Nga Kor Ming, Naib Presiden DAP yang mempersoalkan sama ada rakyat masih mahu mengundi Barisan Nasional (BN) susulan kejatuhan mata wang ringgit.
Menurut Ahmad Shabery, apabila UMNO minta bubar Parlimen untuk membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan, DAP antara parti yang menentang.
”Tapi bila mintak bubar dia orang yang bangkang,” ujarnya. – MalaysiaGazette