Home Nasional Polis siasat kes khianat cabut nombor plat kenderaan

Polis siasat kes khianat cabut nombor plat kenderaan

KUALA LUMPUR – Polis menyiasat rakaman kejadian khianat membabitkan individu yang mencabut nombor pendaftaran kenderaan meskipun belum menerima apa-apa laporan berkaitan perkara itu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menjalankan siasatan terhadap seorang lelaki yang terlibat dalam kejadian di Jalan Kuchai Maju 1, Kuchai Entrepereneurs Park, di sini.

Katanya, dalam rakaman itu seorang lelaki telah mencabut nombor pendaftaran sebuah kereta jenis Perodua Viva warna perak dan mencampakkannya di lokasi kejadian.

“Kejadian disyaki berpunca akibat meletakkan kenderaan secara berlapis (double park),” katanya dalam kejadian hari ini.

Menurut beliau, rakaman itu telah tular pukul 12 tengahari hari tadi dan video berkenaan dimuat naik di Facebook oleh pemilik akaun We are Malaysians.

Kataya, polis mengalu-alukan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes untuk tampil memberikan keterangan.

Tambah beliau, maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di
talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. – MalaysiaGazette