Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Chester Voo memberi taklimat mengenai keselamat untuk operator helikopter di CAAM, Precint 4, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 29 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berada di lokasi terakhir yang diketahui untuk menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Chester Voo yang mengesahkan insiden itu berkata, helikopter yang hilang itu jenis Eurocopter EC120B dengan pendaftaran N409HH milik Heli Outpost Sdn Bhd.

Menurutnya, sistem radar di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah merekodkan kehilangan ketinggian mendadak oleh helikopter terbabit.

”Semakan daripada bacaan radar menunjukkan kehilangan ketinggian yang besar dalam masa kurang daripada 1 minit, lantas Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KLARCC) di KLATCC telah segera diaktifkan untuk menentukan lokasi helikopter itu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah beliau, pegawai kawalan trafik udara cuba menghubungi juruterbang walau bagaimanapun tiada panggilan kecemasan dibuat.

Menurutnya, helikopter dengan seorang juruterbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada 11.37 pagi untuk penerbangan persendirian dan dijadualkan untuk mendarat pada 12.37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. – MalaysiaGazette

Helikopter dalam penerbangan dari Subang dipercayai hilang di Bidor

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast