Lim Kit Siang rawatan
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berpandangan, kerajaan sepatutnya memberi rawatan yang terbaik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Beliau berkata, hak yang sama juga perlu diperluaskan kepada semua banduan.

“Saya setuju sepenuhnya dengan anak Najib, Nooryana Najwa, dan menyeru kerajaan untuk memberikan rawatan perubatan yang terbaik kepada Najib semasa dia berada dalam penjara, satu hak yang juga patut diberikan kepada semua banduan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nooryana Najwa merayu kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya membenarkan bapanya mendapat rawatan sewajarnya ekoran masalah ulser kronik yang dihidapi bapanya kembali menyerang.

Semalam, Ismail Sabri mengarahkan Kementerian Kesihatan segera memberi rawatan yang terbaik kepada Najib.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengesahkan keadaan Ahli Parlimen Pekan itu agak tenat dan memerlukan rawatan di Hospital Kajang .

Jelas beliau, tekanan darah Najib sangat tinggi ketika ujian dibuat oleh pembantu perubatan disebabkan perubahan ubat diberikan Hospital Kuala Lumpur.

Keadaan itu menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya memberitahu hakim bahawa kesihatan Najib tidak dalam keadaan baik dan perlu dihantar ke hospital.

Malah ujian kesihatan pagi tadi mendapati tekanan darahnya amat tinggi akibat ubat-ubat baharu itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast