PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli ke upacara pengebumian Ratu Elizabeth II di Wisminster Abbey, London, 19 September ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua baginda akan mewakili negara ke upacara yang akan berlangsung di Istana Buckingham, Isnin depan.

“Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan mewakili negara dalam upacara pengebumian Ratu Elizabeth II,” katanya pada sidang media di Kementerian Luar Negeri, di sini, hari ini.

Terdahulu Saifuddin bersama timbalan menterinya, Datuk Kamarudin Jaafar menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang (APC) 2021 dan Jasamu Dikenang Tahun 2022.

Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland, Khamis lalu.

Istana Buckingham, dalam satu kenyataan memaklumkan kemangkatan baginda dan bermulanya tempoh berkabung selama 10 hari.

Putera tertua dalam kalangan empat anak baginda, Putera Charles, 73, secara langsung menaiki takhta sebagai Raja, sekali gus melakar sejarah sebagai pewaris takhta tertua dalam sejarah Britain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast