Gambar kenangan Narenda Modi bersama Samy Vellu.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri India, Narendara Modi melahirkan rasa sedih dengan kematian bekas Presiden MIC, Tun S Samy Vellu awal pagi tadi.

Menerusi ciapan di Twitternya hari ini, Modi menulis, Samy Vellu merupakan penerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman pertama dari Malaysia.

“Sedih dengan pemergian Tun S Samy Vellu, bekas menteri di Malaysia dan penerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman pertama dari Malaysia. Takziah kepada keluarga beliau. Om Shanti,” katanya.

Anugerah berprestij Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) disampaikan semasa acara tahunan Pravasi Bharatiya Divas di India sebagai menghargai sumbangan yang telah diberikan dan Samy Vellu adalah penerima pertama.

Perdana Menteri India, Narenda Modi ucap takziah dengan pemergian Tun Samy Velllu.

Pemimpin India itu juga turut berkongsi gambar mereka.

Samy Vellu pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput sejak tahun 1974 hingga 2008.

Beliau merupakan bekas  Menteri Kerja Raya dari 1979 hingga 1989 dan 1995 hingga 2008.

Mendiang juga berkhidmat sebagai anggota Kabinet di bawah tiga Perdana Menteri iaitu Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 1978 hingga 2008.– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast