Kontijen UMS yang akan bertanding di SUKUM ke-44

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyasarkan enam pingat emas di
Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44 yang berlangsung pada 17 hingga 24 September 2022 di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman
Noordin berkata, seramai 48 atlet dan sembilan pegawai UMS akan menyertai enam jenis
sukan di kejohanan tersebut.

Sukan yang disertai ialah badminton, ping pong, bola tampar wanita, olahraga, futsal
lelaki dan futsal wanita. Saya percaya, sasaran yang ditetapkan ini mampu dicapai, katanya semasa berucap di majlis Amanat dan Penyerahan Bendera UMS yang berlangsung di Cafe D’Sireh, Bangunan Canselori.

Beliau yang juga menjalankan fungsi Naib Canselor UMS turut berpesan agar semua atlet
UMS menjaga tingkah laku dan tatatertib sepanjang kejohanan berlangsung.

“Selain itu, semua atlet harus sentiasa menjaga kesihatan diri dan jaga pemakanan supaya sentiasa cergas serta memberikan saingan terbaik kepada pihak lawan sepertimana slogan kontinjen UMS iaitu alap-alap tatap mananduk,” katanya yang turut mewakili UMS dalam acara futsal lelaki. – MalaysiaGazette