Presiden AMANAH, Mohamad Sabu (tengah) hadir pada Konvensyen Nasional 2022 di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan. Foto MUHD NA'IM, 17 SEPTEMBER 2022.

SEREMBAN – Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui masih berdepan dengan dengan pelbagai masalah dalaman sejak pemilihan pimpinan parti yang lalu.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, ini kerana wujud golongan dalam parti itu yang memiliki sikap riak dan gejala yang amat beliau tidak senangi.

“Ketika berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, saya mahu ahli-ahli bersaing secara terbuka dan sihat dalam rangka Fastabiqul Khairat atau Perlumbaan Yang Baik.

“Tidak wajar ia (golongan itu) menjejas kelancaran dan kemajuan parti dan organisasi terutama dalam persiapan pilihan raya nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Nasional Amanah di sini hari ini.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu (tengah) hadir pada Konvensyen Nasional 2022 di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan. Foto MUHD NA’IM, 17 SEPTEMBER 2022.

Mohamad turut berharap Amanah akan dapat menampilkan lapisan kepimpinan baru daripada sayap parti seperti ngkatan Wanita (Awan), Pemuda Amanah dan Wanita Muda Nasional (Warda).

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Amal Relief Malaysia atau lebih dikenali sebagai ARiF yang banyak mencurahkan khidmat keselamatan dalampelbagai program parti.

“Persiapan jentera pilihan raya dan semua infrastruktur parti serta kekuatan dan kerapian media parti mesti dipertingkatkan.

”Saya mengingatkan dan mengharapkan Biro Pilihan Raya untuk terus membuat persiapan untuk bertempur walau bila pun Parlimen akan dibubarkan,” katanya. – MalaysiaGazette