Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus mempromosikan Gerakan Tanah Air (GTA) mendakwa mendakwa pemimpin dan ahli-ahli GTA bersih daripada segala jenayah dan tidak mempunyai kepentingan peribadi.

Ini kerana dakwanya, GTA disertai semua rakyat dari semua lapisan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan-badan sosial dan individu patriotik, para akademik dan profesional.

Mereka ini tidak mempunyai ideologi sereka selain cinta pada negara bangsa.

Malah, bekas Perdana Menteri itu mendakwa, beberapa parti politik turut bersama dalam GTA dan mengenepikan perjuangan untuk parti sendiri.

Sebab itu, katanya, GTA bukan parti politik biasa kerana ia adalah gerakan rakyat yang biasanya tidak bersuara dalam politik.

”Mereka tidak bersetuju dengan perkembangan politik dalam negara. Mereka mendapati tidak ada satu pun parti politik yang memenuhi kehendak negara.

”Mereka berpendapat menyokong parti-parti yang ada tidak menghasil kerajaan yang mampu menyumbang kepada kestabilan dan kejayaan negara. Kecewa dengan keadaan politik dalam negara ramai dari mereka memilih untuk mengasingkan diri dari politik.

”Ramai pula yang tidak akan mengundi. Malangnya kerana mereka tidak mengundi, kemenangan akan diperolehi oleh parti yang mereka tolak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dakwa Mahathir, antara yang akan menang ialah parti perasuah yang menyogok wang kepada pengundi dan negara akan alami kedudukan yang lebih buruk dari sebelum pilihan raya umu,

Oleh itu, untuk mengadakan badan yang lebih menepati kehendak puak yang kecewa ini parti politik biasa tidak sesuai.

”Apa yang diperlukan ialah satu gerakan rakyat yang menyatukan mereka yang tidak berparti. Mereka perlu digabung dalam satu gerakan pencinta negara yang berpegang kepada keluhuran undang-undang dan kemajuan negara.

”Mereka diperlukan supaya susunan pencinta negara dari berbagai puak dapat diurus sesuai dengan pilihan raya,” ujarnya.

Mahathir turut membayangkan calon-calon GTA akan terdiri dari ahli NGO, tokoh akademik dan profesional dan parti politik.

”InsyaAllah, dengan sokongan dari semua pencinta negara, Gerakan Tanah Air akan berjaya dalam PRU 15 dan mendiri Kerajaan yang berpegang kepada keluhuran undang-undang, kepada Perlembagaan dan kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast