Pihak maritim masih meneruskan operasi menyelamat dalam mencari 10 nelayan warga Indonesia yang dikhuatiri lemas di Pulau Batu Putih.

JOHOR BAHRU  – Seramai 10 warga Indonesia dikhuatiri lemas selepas bot yang mereka naiki karam kira-kira 9.5 Batu Nautika dari Tanjung Penyusop, Perairan Batu Putih, awal pagi tadi.

Bot itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke Batam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC), pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 4 pagi daripada pemandu bot terbabit.

Serentak itu, Operasi Carilamat dilancarkan jam 4.05 pagi tadi.

Bot PERKASA 30 dari Maritim Zon Tanjung Sedeli telah digerakkan ke lokasi kejadian selepas pengadu gagal dihubungi.- MalaysiaGazette