Ethan Nwaneri (kiri).
LONDON – Pemain Arsenal iaitu Ethan Nwaneri merupakan pemain paling muda pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam sejarah.
Dia yang merupakan pelatih Akademi Arsenal baru berusia 15 tahun dan 180 hari diturunkan oleh pengurus, Mikel Arteta ketika menentang Brentford, semalam.
Lebih menarik, dia belum lahir ketika Arsenal berpindah dari Stadium Highbury ke Emirates.
Nwaneri mengatasi rekod Harvey Elliott sebagai pemain termuda liga itu ketika dia tampil untuk Fulham pada usia 16 tahun.
Sementara itu, tanpa dua tonggak tidak menjadi masalah buat Arsenal untuk kembali menerajui EPL selepas membenam Brentford 3-0.Tiga mata berharga diraih hasil jaringan William Saliba, Gabriel Jesus dan Fabio Vieira sekali gus membantu The Gunners mengumpul 18 mata.

Kecederaan kapten Martin Odegaard dan Oleksandr Zinchenko tidak menjejaskan perancangan pengendali, Arteta untuk meraih kemenangan. – MalaysiaGazette