Jangan cemas dan risau jika melihat pesawat tentera terbang rendah di ruang udara Pahang bersempena sambutan Hari ATM pada 26 September ini. Foto MOHD ADZLAN, 01 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Orang ramai di sekitar Pangkalan Udara Kuantan dan ruang udara Pahang jangan cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbang rendah atau mendengar bunyi letupan antara 21 hingga 26 September ini.

Ini kerana, TUDM dipertanggungjawabkan sebagai penganjur acara perbarisan bersempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-89, kata Bahagian Perhubungan Awam TUDM Markas Tentera Udara berpusat di Kementerian Pertahanan.

Sambutan Hari ATM itu akan disambut pada 26 September ini di Pangkalan Udara Kuantan.

Sempena sambutan ini, ATM akan melaksanakan latihan demonstrasi keupayaan yang akan melibatkan aset-aset udara dari perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan TUDM. – MalaysiaGazette