mangsa banjir
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Jika Pas tidak setuju dengan konspe ‘khemah besar’ – adakah parti itu menganggap Tan Sri Muhyiddin Yassin salah seorang musuh utamanya sekarang?

Itu persoalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki terhadap kenyataan terbaharu Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Khemah besar kan idea Tan Sri Muhyiddin? Kalau khemah besar itu musuh utama Pas, adakah Pas sekarang dah anggap Muhyiddin musuh utama mereka juga?

“Mungkin Pas sekarang dah mula faham apa perasaan sebenar UMNO dahulu. Kita angkat PPBM (Bersatu) ke puncak kuasa demi rakyat dan negara tapi mereka mengkhianat dan cuba ‘membunuh’ kita pula!” katanya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, apa yang berlaku menjadi ibrah (pedoman) kepada semua supaya jangan sesekali berpakat dengan pengkhianat.

“Mereka berpakat dengan UMNO…. mereka khianat. Kini mereka berpakat dengan Pas pula…apakah bakal menjadi mangsa khianat mereka juga?” soalnya.

Menurut beliau, walaupun sudah terang-terang Pas tidak mahu khemah besar, mereka tanpa segan silu meng-tongsampah-kan sahaja pendirian parti komponen mereka dengan terus cuba berpakat dengan Pakatan Harapan (PH)walaupun PH sendiri tak sudi.

“Begitulah nasib pengkhianat. Kiri kanan dibenci. Kiri kanan orang pun tak sudi…,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Musuh Pas bukan UMNO tapi PH – Takiyuddin

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast