Antara penunjuk perasaan yang membuka tudung mereka. Foto Twitter

TEHRAN – Tunjuk perasaan oleh kaum wanita di Iran semakin meningkat susulan kematian seorang gadis yang ditahan kerana melanggar undang-undang pemakaian hijab minggu lalu.

Iran melaksanakan undang-undang pemakaian hijab yang sempurna ke atas wanita dengan memakai pakaian labuh dan menutup anggota tubuh.

Mangsa, Mahsa Amini meninggal dunia di hospital pada hari Jumaat lalu selepas koma selama tiga hari.

Dia kemudian dilaporkan koma semasa berada dalam tahanan polis.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia, Nada al-Nashif berkata, ada laporan yang mendakwa polis memukul kepala Amini dengan baton dan menghantukkan kepalanya pada kenderaan.

Namun polis menafikannya dengan mendakwa Amini mengalami ‘kegagalan jantung secara mengejut’ tetapi keluarga mangsa menegaskan anak mereka seorang yang sihat.

Ditahan ketika bersama keluarganya kerana tidak memakai hijab secara sempurna.

Seorang pembantu kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang melawat keluarga Amini memberitahu, a “semua institusi akan mengambil tindakan untuk mempertahankan hak yang dicabuli”, lapor media kerajaan.

Ahli Parlimen Kanan, Jalal Rashidi Koochi secara terbuka mengkritik polis dengan menyatakan pasukan itu telah melakukan “kerugian dan kerosakan” bagi terhadap Iran.

Protes itu semakin panas apabila penunjuk perasaan mula membakar tudung.

Rata-rata media sosial memaparkan kaum wanita menari sambil membuka tudung lalu membakarnya, diiringi tepukan dan sorakan.

Malah, ada dalam kalangan mereka menggunting rambut dan membuang tudung.

Tunjuk perasan sejak lima hari berturut-turut itu sudah semakin luas di pekan dan bandar-bandar.

Setakat ini, terdapat tiga terbunuh ketika pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast