Superintendan Zaiham Mohd Kahar

KUALA LUMPUR – Polis membuka menahan dua wanita warga asing berhubung dakwaan cubaan menculik seorang kanak-kanak di Genting Highlands baru-baru ini seperti yang tular di laman media sosial.

Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, bapa mangsa berusia 33 tahun telah membuat laporan pada Selasa lalu.

“Pihak polis telah merakam percakapan pengadu dan kesemua saksi dan bertindak di atas siasatan yang telah dijalankan, pihak polis telah menahan (wanita warga asing),” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu rakaman video memaparkan seorang bapa meluahkan kembimbangan apabila melihat percubaan menculik oleh dua wanita berpakaian putih dengan menyorok anaknya menggunakan selendang dan pakaian yang labuh berhampiran taman tema di pusat penganginan itu.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman dipenjara sehingga tujuh tahun atau dikenakan denda.

ARTIKEL BERKAITAN :

Tiada laporan kes culik kanak-kanak di Genting Highlands – Polis

Menurut Zaiham, berikutan laporan yang dibuat oleh bapa mangsa, kertas siasatan telah dibuka dan ia akan dirujuk kepada  Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette