Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media selepas dilepas dan dibebaskan mahkamah bagi terhadap 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) di Mahkamah Shah Alam, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 23 SEPTEMBER 2022.

SHAH ALAM – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) tidak henti melahirkan rasa syukur dan teruja terhadap keputusan tersebut.

Dalam sidang media selepas keputusan dibacakan, Presiden UMNO itu berkata, beliau sentiada reda dan istiqamah menempuh detik-detik dimalukan atas yang kesalahan yang tidak dilakukan sejak pertuduhan tersebut dikenakan ke atasnya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, beliau juga telah diadili terlebih dahulu oleh pelbagai pihak sebelum mahkamah membuat keputusan membuktikan dirinya tidak bersalah.

“Alhamdulilah, saya panjatkan kesyukuran dengan keputusan dibuat oleh Yang Arif pada pagi ini. Walaupun saya harus reda dengan setiap pertuduhan yang telah dipalitkan ke atas saya, sesuatu yang tidak pernah saya lakukan.

“Saya sebelum ini telah diaibkan, dimalukan malah ditelanjangkan terlebih dahulu oleh ‘the court of public opinion’ tapi Alhamdulilah hari Jumaat penghulu segala hari telah menyaksikan pengadilan buat saya, perundangan telah ditegakkan demi keadilan. Ini juga kemenangan buat BN dan UMNO.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan peguam saya telah yang melaksanakan tanggungjawab mereka dengan adil dan cukup profesional. Saya juga hendak lahirkan penghargaan buat keluarga, para penyokong yang menyokong dari hari pertama. Ada yang sanggup datang sejauh Sabah untuk menemani saya.

“Juga kepada semua kepimpinan yang sentiasa menyokong saya. Tidak dilupakan juga kepada para wartawan yang telah membuat laporan sangat profesional dan seimbang,” katanya pada sidang media selepas kemenangannya hari ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media selepas dilepas dan dibebaskan mahkamah bagi terhadap 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) di Mahkamah Shah Alam, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 23 SEPTEMBER 2022.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd. Yazid Mustafa melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah dihadapinya selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Beliau turut berdepan tujuh pertuduhan lain mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1.15 juta, RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau ketika itu.

Presiden UMNO itu juga ketika ini pada sama sama sedang berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memeluk penyokongnya selepas keputusan mahkamah membebaskannya terhadap 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) di Mahkamah Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 23 SEPTEMBER 2022.

Suasana dalam dan luar Mahkamah Tinggi di sini kelihatan ratusan penyokong dan pemimpin parti meraikan keputusan itu dengan laungan ‘takbir’ serta sorakan, tepukan, berpelukan tanda gembira dengan keputusan mahkamah hari ini.

Keadaan juga menjadi sesak seketika dan tidak terkawal apabila begitu ramai penyokong pemimpin hadir berkongsi kegembiraan dengan Ahmad Zahid, antara yang kelihatan termasuklah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Datuk Shamsul Nasarah. -MalaysiaGazette