BEIRUT – Operasi bank-bank di Lubnan akan disambung semula Isnin selepas ditutup selama seminggu kerana ‘ditawan’ dalam protes yang dilakukan pendeposit yang meminta akses kepada wang simpanan mereka.
Dalam satu kenyataan, Persatuan Bank-bank Lubnan berkata, bank akan dibuka semula pada 26 September yang mana setiap bank akan menentukan operasi perbankan masing-masing.
Sekurang-kurang lapan cubaan menyerbu bank dilaporkan di Lubnan pada bulan ini semasa para pendeposit cuba mendapatkan dana yang dibekukan, lapor agensi berita, Anadolu.
Ia menyebabkan bank-bank menghentikan operasi pada 16 September bagi membantah serbuan tersebut.
Lubnan bergelut dengan krisis ekonomi yang terusk sejak 2019, menyebabkan kebanyakan pelanggan mengeluarkan simpanan daripada akaun mereka. – Agensi