JOHOR BAHRU – Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor menafikan akan memberi cuti peristiwa pada Khamis ini, 29 September ini sempena kejayaan kontingen negeri ini menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) Majlis Sukan Negara.

“Pentadbiran ini menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tersebut yang dikeluarkan dan telah tular,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, kerajaan negeri kesal kerana kenyataan tidak bertanggungjawab dan palsu itu kerana boleh menimbulkan kekeliruan orang awam.

Sabtu lalu, kontinjen Johor muncul juara keseluruhan sebagai SUKMA MEN 2022 buat kali pertama sepanjang penyertaan di temasya dwi tahunan tersebut.-MalaysiaGazette