Onn Hariz mendakwa tidak pernah melihat kelibat pemimpin pembangkang melawat mahupun meninjau mangsa terjejas banjir.

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyelar tindakan pembangkang yang dikatakan tidak bertanggungjawab kerana tidak turun ke kawasan terjejas banjir baru-baru ini.

“Sehari dua ini, banjir juga telah berlaku di Parlimen Iskandar Puteri, Pulai dan Sri Gading namun kelibat ahli parlimen di kawasan-kawasan ini langsung tidak dirasai.

Onn Hariz mendakwa tidak pernah melihat kelibat pemimpin pembangkang melawat mahupun meninjau mangsa terjejas banjir.

“Oleh itu, mungkin tidak menjadi masalah untuk PH dan pembangkang lain jika diadakan PRU semasa musim banjir. Mereka bukannya turun ke kawasan pun walaupun berlaku banjir. Biasanya masa kempen PRU barulah mereka akan menjelma,” katanya menerusi pautan yang dikongsikan beliau.

Menerusi catatan terbaharu di laman Facebooknya, Onn Hafiz menyatakan beliau tidak melihat kelibat Ahli Parlimen pembangkang di kawasan terjejas banjir khususnya di Iskandar Puteri, Pulai dan Sri Gading.

“Oleh itu, mungkin tidak menjadi masalah untuk Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang lain jika diadakan PRU semasa musim banjir,” katanya.

Dua hari lalu hujan lebat secara berterusan selama dua jam di beberapa kawasan di daerah Johor Bahru dilanda banjir kilat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Johor dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan terjejas ialah Batu 10, Skudai; Kampung Dato’ Sulaiman Menteri; Tabika Kemas, Skudai Kiri dan Kampung Mohd. Amin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast