Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Gara-gara putus cinta, seorang pelajar kolej terjun dari tingkat enam di Bandar Baru Ampang dekat sini semalam.

Mangsa seorang remaja perempuan berusia 20 tahun itu kemudiannya ditemui mati dalam keadaan terlantar dengan keadaan lengkap berpakaian Pangsapuri Seri Nilam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, mangsa tinggal bersama ibu dan tiga adik beradik lain di tingkat 3 di flat berkenaan.

“Disyaki mangsa telah naik ke tingkat 6 flat yang sama lalu terjun ke bawah melalui balkoni. Mangsa mengalami patah bahagian kepala, kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, punca kejadian dipercayai masalah putus hubungan percintaan.

Mayat si mati telah dibawa ke Forensik Hospital Ampang dan dibedah hari ini dan kes disiasat di bawah laporan mati mengejut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast