Orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian saringan Covid-19 ekoran angka positif yang semakin meningkat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 12 JULAI 2022. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 melepasi angka 2,000 semalam kepada 2,445 termasuk dua kes import menjadikan jumlah kumulatif 4,798,811.

Manakala jumlah kematian bertambah kepada 36,365 dengan dua kes terbaharu semalam.

Menurut data COVIDNOW, sebanyak 24,713 kes aktif yang direkodkan dalam tempoh sama termasuk 1,105 kes dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu, 41 kes diletakkan di unit rawatan rapi termasuk 22 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula sebanyak 1,613. – MalaysiaGazette