Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang ditempelak kerana meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan bukti tentang kewujudan rasuah di Pulau Pinang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Kit Siang mungkin terlupa bahawa anaknya, Lim Guan Eng sedang berdepan dengan kes rasuah berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

“Dahlah kes rasuah banglo boleh senang-senang dibebaskan dan dilepaskan setelah Pakatan Harapan (PH) naik berkuasa dan melantik peguam mereka, Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, situasi menerima suapan, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu di Pulau Pinang adalah pada tahap membimbangkan.

Beliau menyatakan, berdasarkan statistik SPRM, sebanyak 919 aduan diterima pihaknya berhubung kesalahan itu sejak 2019 hingga kini.

Hari ini, Kit Siang mencabar Azam mengemukakan fakta dan angka bagi membuktikan dakwaannya tentang situasi rasuah yang membimbangkan di Pulau Pinang.

Untuk rekod, Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang sedang berdepan empat pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan projek terowong dasar laut di negeri berkenaan. – MalaysiaGazette

Kit Siang cabar Azam Baki buktikan rasuah di Pulau Pinang membimbangkan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast