Ahmad Dzaffir Mohd Yussof

SEREMBAN – Mayat wanita dipercayai menjadi mangsa culik pada Ahad ditemukan dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor pada 27 Sept lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata mangsa berusia 27 tahun yang disyaki dibunuh itu ditemukan orang awam kira-kira 3.30 petang.

“Pemeriksaan lanjut ke atas mayat berkenaan mendapati mangsa merupakan kes culik sedang disiasat berdasarkan kad pengenalan dan dokumen yang ditemukan bersamanya serta pengecaman ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata terdahulu, pihaknya menerima laporan daripada sepupu mangsa sehari selepas wanita itu dilarikan di kawasan rumahnya di Broga, Lenggeng di sini selain mendakwa turut menerima WhatsApp meminta sejumlah wang tebusan.

Beliau berkata susulan penemuan mayat wanita itu, seorang lelaki yang juga pekerja swasta berusia lingkungan 20-an ditahan di Ampang, Selangor pada Selasa lepas bagi membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dan lelaki itu dipercayai pasangan kekasih yang berkenalan melalui laman sosial sejak awal tahun ini dan motif pembunuhan disyaki ada kaitan dengan hutang.

Ahmad Dzaffir berkata lelaki yang negatif dadah hasil ujian saringan air kencing itu ditahan reman selama 15 hari bermula 28 Sept untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Penculikan 1961.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast