KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini dianggap penting kerana mencari kata putus dalam isu berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Ia disahkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan mesyuarat MKT UMNO kali ini akan membincangkan keputusan mesyuarat Top Five sebelah petang tadi.
Dalam mesyuarat yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob itu berlangsung dengan baik dan telah mencapai kesepakatan, katanya.
Mesyuarat MKT UMNO masih berlangsung ketika ini.
Antara kelihatan tiba di Menara Dato’ Onn di sini sekitar pukul 8.30 malam tadi Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turut kelihatan, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Bung Moktar Radin merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah. – MalaysiaGazette