KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan mesyuarat Top Five (pemimpin tertinggi) UMNO telah mencapai kata sepakat mengenai isu berkaitan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).
Timbalan Presiden UMNO itu berkata mesyuarat yang dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan tiga lagi naib presiden iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga perdana menteri.
“Alhamdulillah, perbincangan bersama kepimpinan Top 5 parti tengahari tadi berlangsung dengan baik.
“Dapat capai kesepakatan untuk kebaikan parti bergerak ke hadapan,” katanya di Facebook.
Mesyuarat yang diadakan petang tadi rata-ratanya membincangkan mengenai persiapan dan tarikh PRU-15.
Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dijadualkan 17 September lalu ditangguh dan dijadualkan semula hari ini. – MalaysiaGazette