Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Persidangan Bahagian-Bahagian dan Pelancaran Jentera Pilihanraya di Glenmarie Hotel dan Golf Resort, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 02 OKTOBER 2022.

SHAH ALAM – Penyandang kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersedia untuk berdepan bekas bosnya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin bertanding di kawasannya pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).

Sebagai anak jantan, beliau mempelawa Anwar untuk bertanding di Gombak.

“Ada orang (Anwar) minat nak datang Gombak, silakan. Gombak terbuka. Saya anak jantan, silakan,” katanya katanya ketika melancarkan persidangan Bahagian Bersatu dan pelancaran jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor hari ini.

Pengerusi PN Selangor juga memberikan bayangan beliau akan mempertahankan kerusi itu pada PRU-15 kelak.

“Nak hantar isteri (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) pun boleh, nak hantar anak (Nurul Izzah) pun boleh. Kalau berani hantar diri sendiri ke Gombak,” katanya lagi.- MalaysiaGazette