Pihak APM menyelamatkan salah seorang penduduk terjejas banjir untuk dipindahkan di PPS yang telah dibuka di Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kini dibuka di Pontian dan Kluang bagi menempatkan 34 mangsa daripada 10 keluarga susulan banjir kilat yang berlaku awal hari ini.

Menerusi perkembangan setakat pukul 4 petang menerusi Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) berkata, seramai 75 mangsa daripada 25 keluarga .

Sementara itu,  di Pontian,  enam mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tengah Renggam yang melibatkan kawasan yang terjejas dari Kampung Seri Gambut dan Kampung Tengah Renggam bagi daerah Kluang.

Kata kenyataan itu lagi, hujan lebat melebihi dua jam sejak pada 10 pagi tadi menyebabkan beberapa rumah dinaiki air. MalaysiaGazette