Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Rusuhan penyokong yang berlaku antara Arema FC dan Persebaya di Stadium Kanjuruhan, Malang menyaksikan 127 orang terkorban dan 180 lagi cedera menyaksikan Liga bola sepak utama Indonesia, Liga 1 BRI digantung selama seminggu.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) berkata, mereka akan memulakan siasatan dengan apa yang berlaku selepas perlawanan berkenaan.

“Kami mengumumkan keputusan itu selepas mendapat arahan daripada Pengerusi PSSI. Kami melakukan ini untuk menghormati segala yang berlaku dan sementara menunggu proses siasatan daripada PSSI,” kata Presiden Pengarah pemilik liga PT LIB, Akhmad Hadian Lukita.

Dalam perlawanan berkenaan menyaksikan Persebaya berjaya menamatkan badi selama 28 tahun dengan menumpaskan Arema 3-2 di laman lawan.

Namun penyokong kelab Arema yang tumpas dalam perlawanan itu masuk ke dalam padang dan pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata sekali gus mengakibatkan lebih ramai penonton merempuh masuk dan berlakunya kes sesak nafas. – MalaysiaGazette