Datuk Seri Anwar Ibrahim.-Foto AMIRUL SHAUFIQ, 02 OKTOBER 2022.

SUBANG – Tidak mudah bagi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mempertahankan kedudukannya di Parlimen Gombak.

Itu pandangan Presiden  PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada bekas timbalannya itu apabila beria-ia mahu mencabarnya untuk bertanding di Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Anwar secara sinikal turut menasihati Mohamed Azmin supaya menjaga kawasannya ketika ini.

“Sibuk dengan dia pasaipa? Dia (Mohamed Azmin)  jaga kawasan dia, tak mudah bagi dia,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Buku yang bertajuk Script tulisannya di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan itu diminta mengulas pelawaan Mohamed Azmin hari ini apabila mencabar beliau untuk bertanding di Gombak.

Dalam Majlis Perasmian Persidangan Bahagian-Bahagian dan Pelancaran Jentera Pilihanraya di  Shah Alam hari ini, Mohamed Azmin bersedia untuk berdepan dengan Anwar sekiranya Ahli Parlimen Port Dickson itu berhasrat untuk bertanding di kawasannya.

Pengerusi Perikatan Nasional Selangor itu turut memberikan bayangan beliau akan mempertahankan kerusi itu pada PRU-15 kelak. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Anwar nak masuk Gombak, silakan – Azmin