Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid

KUANTAN – Majlis Belia Negeri Pahang  (MBNP) yakin perolehan tinggi melebihi RM1 billion oleh kerajaan negeri ini pastinya akan diterjemahkan dengan pelbagai program membantu rakyat.

Presiden MBNP, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, kejayaan kutipan hasil itu mengangkat Pahang sebagai antara negeri maju setanding Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Tambah Izzat Afifi, kerajaan negeri ini diharapkan agar terus merencanakan program kepada semua golongan selain memperluaskan program program sedia.

“Program sedia ada wajar diperluas seperti Bantuan Prihatin Pahang, Skim Rumah Rakyat Pahang, Skim Tanah Warisan, Pahang Pride Student, Pahang Pride Kids termasuk inisiatif dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MBNP juga mengucapkan setinggi tinggi tahniah atas kejayaan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Malah kejayaan ini telah berjaya dicapai lebih awal dari jangkaan dan ini membuktikan kecekapan mengurus kerajaan negeri didalam mentadbir negeri Pahang ini,” katanya.

Jelas Izzat Afifi, rekod tadbir urus yang cemerlang itu adalah satu sejarah yang pastinya menjadi kebanggaan seluruh rakyat  Pahang dan belia di negeri itu khususnya.

MBNP juga berharap agar kerajaan negeri menyediakan program program persediaan untuk membantu rakyat khususnya pada tahun depan yang mana dijangka akan berlakunya kemelesetan ekonomi dunia.

Seluruh warga belia, katanya, menyokong penuh dan menghargai usaha Menteri Besar Pahang dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

“Pahang First! Maju Terus Pahang! Motto oleh MB Pahang ini dihayati, diterapkan dan terpahat di hati untuk sama-sama kita memajukan negeri ini, lihatlah hasilnya kerana angka tidak pernah berbohong,” katanya.

Semalam, MalaysiaGazzette melaporkan kerajaan Pahang berjaya melepasi sasaran dengan memperoleh kutipan hasil negeri sebanyak RM1.02 billion meskipun masih berbaki tiga bulan penutup tahun 2022. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pahang kutip hasil RM1.02 billion

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast