Seorang bekas ketua gudang syarikat logistik tempatan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes meminta dan menerima suapan lebih RM20,000.

SHAH ALAM – Seorang bekas ketua gudang syarikat logistik tempatan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes meminta dan menerima suapan lebih RM20,000.

Suspek ditahan bagi menyiasat kes rasuah melibatkan sebuah syarikat mendapatkan projek pembekalan tenaga kerja bernilai RM5 juta bagi tempoh dua bulan.

Perintah reman sehingga 7 Oktober itu dibenarkan Hakim Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali selepas SPRM memohon penahanan reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor lebih kurang pukul 6 petang semalam.

“Tertuduh dipercayai menerima dan meminta wang suapan itu ketika beliau bertugas sebagai ketua gudang pada 2019 hingga 2021” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast