Mohd Shahar Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengesahkan perbentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 akan dibuat pada hari Jumaat depan.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, pembentangan itu dibuat selepas bacaan kali pertama hari ini, di Dewan Rakyat.

“Bacaan kali kedua pada hari Jumaat, 7 Oktober 2022 jam 4 petang,” jelas Shahar.

Sebelum itu, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon mengemukakan pertanyaan kepada Shahar bilakah bacaan kali kedua akan dibuat oleh Kementerian Kewangan.

Awal hari ini, RUU berkenaan dibentang untuk bacaan kali pertama oleh Shahar di dalam Dewan Rakyat.

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 bagi bacaan kali pertama akan dibentang hari ini di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. – MalaysiaGazette