Cheng Guan.

GEORGE TOWN – Nama Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan  dikatakan menjadi perbualan dalam mesyuarat Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang untuk bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, tiada sebarang kata putus dibuat setakat ini berhubung calon bagi kawasan Parlimen tersebut.

Sumber berkata, PCM ada menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan tersebut dan perkara itu ada dibincangkan dalam mesyuarat UMNO bahagian.

“Tetapi tiada sebarang kata putus dicapai susulan isu penentuan calon perlu mendapat persetujuan parti di peringkat pusat.

“Kawasan Nibong Tebal boleh dikatakan Parlimen campuran susulan 46 peratus pengundi di sini terdiri daripada Melayu manakala 35 peratus Cina.

“Jadi keputusan untuk meletakkan calon di sini perlu diteliti bagi memastikan kemenangan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Pada PRU14, Parlimen Nibong Tebal dimenangi oleh Datuk Mansor Othman yang ketika itu mewakili Parti Keadilan Rakyat.

Mansor Othman memang dengan undi majoriti 15,817 undi mengalahkan Datuk Ir Dr Shaik Hussein Mydin daripada Barisan Nasional. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast