KUALA LUMPUR – Kehadiran Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali di Ibupejabat UMNO malam ini menimbulkan tanda tanya.
Beliau ketika ditanya tujuannya hadir enggan mengulas mengenainya selain tersenyum.
Kehadirannya itu semasa pemimpin UMNO mengadakan pertemuan malam ini bagi membincangkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan Beliau yang ditemui kemudiannya menafikan kehadiran Mohd. Khairuddin Onn malam ini mempunyai kaitan dengan mesyuarat tersebut.
Cuma beliau mengesahkan pemimpin Pas itu menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Itu kunjungan biasa, pelbagai pihak mengunjungi Presiden UMNO termasuk duta-duta,” jelasnya.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: