KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengunci mulut dan enggan berkongsi hasil daripada menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sini petang ini.
Perdana Menteri hanya membuka tingkap kenderaan yang dinaikinya dan melambai ke arah para petugas media tanpa berkata apa-apa sebelum meninggalkan Pintu Utama Istana Negara.
Bagaimanapun jurugambar sempat merakamkan wajah Perdana Menteri yang kelihatan tersenyum tawar sebaik sahaja disapa para petugas media.
Terdahulu Perdana Menteri tiba di Pintu Utama Istana Negara kira-kira pukul 3.49 petang tadi bagi menghadap YDPA.
Bagaimanapun Perdana Menteri dilihat mula meninggalkan Istana Negara satu jam selepas pertemuan itu iaitu dalam pukul 4.44 petang tadi.
Terdahulu, Ismail Sabri yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih dengan diiringi polis pengiring tiba di Pintu Utama Istana Negara, kira-kira pukul 3.49 petang.
Sebelum melepasi Pintu Utama Istana Negara, Ismail Sabri sempat menurunkan tingkap kenderaan itu dan tersenyum lebar sambil melambai ke arah petugas media.
Istana Negara menjadi tumpuan sejak awal pagi ini susulan desas-desus mengatakan Perdana Menteri dijangka menghadap YDPA bagi memohon perkenan bagi pembubaran Parlimen Penggal ke-14.
Ia susulan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 30 September lalu yang memutuskan agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: