Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Negara untuk memaklumkan mesyuarat pra-Kabinet, menurut kenyataan facebook Istana Negara hari ini.- Gambar ihsan FB Istana Negara.

KUALA LUMPUR – Teka-teki tujuan Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini sudah terjawab.

Persoalan sama ada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap bagi tujuan pembubaran Parlimen nampaknya tidak benar.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Negara untuk memaklumkan mesyuarat pra-Kabinet, menurut kenyataan facebook Istana Negara hari ini.

“Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” kata kenyataan yang sama.

Hari ini, khabar angin mengenai Perdana Menteri menghadap Agong bagi mendapatkan perkenan bagi pembubaran Parlimen sehingga Istana Negara menjadi tumpuan wakil media hari ini.

Ia ekoran keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang mahu Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti itu menghadap Agong bagi tujuan pembubaran Parlimen dan mahu pilihan raya umum diadakan dalam tahun ini juga.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PM keluar istana selepas satu jam menghadap Agong