Kerajaan meningkatkan jumlah had pegangan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 kepada RM300,000 berbanding RM200,000 ketika ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan meningkatkan jumlah had pegangan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 kepada RM300,000 berbanding RM200,000 ketika ini.

Peningkatan ini bertujuan meningkatkan pegangan ekuiti dalam kalangan Bumiputera, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz semasa pembentangan Bajet 2023.

Dalam pada itu, katanya, Bank Simpanan Nasional akan menyediakan dana pinjaman mudah untuk membantu B40 Bumiputera melabur dalam ASB dengan tawaran pinjaman pada kadar 1.5 peratus melibatkan dana RM100 juta. – MalaysiaGazette