KUALA LUMPUR – Berikut ialah intipati Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.
Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dipacu oleh 3R – Responsive, Responsible, Reformist atau Responsif, Bertanggungjawab, Reformis.
- Peruntukkan Bajet 2023 meningkat kepada RM372.3 bilion berbanding RM332 bilion bagi Bajet 2022
- Bajet 2023 peruntuk RM272.3 bilion bagi Belanja Mengurus, RM95 bilion bagi pembangunan, RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion sebagai Simpanan Luar Jangka – Tengku Zafrul
- Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan kepada 2 mata peratusan
- Banjaran pendapatan cukai antara RM250,000-RM400,000 akan digabung dengan banjaran RM400,000-RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus
- Suruhanjaya Sekuriti akan perkenal program latihan khas tingkat kemahiran wanita untuk tambah bilangan wanita yang layak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah
- Ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak tahun depan diberi bantuan tunai sekali bayar RM500 menerusi inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia.
- Majikan yang menggaji belia menganggur lebih tiga bulan berumur 18 hingga 30 tahun diberi insentif penggajian di bawah Perkeso.
- Kemudahan pinjaman RM305 juta disediakan melalui SME Bank, TEKUN, Mara, BSN dan Agrobank khusus untuk anak muda berniaga.
- Kerajaan tanggung bayaran dapatkan lesen teksi, bas, e-hailing, ujian lesen motosikal kelas B2 untuk bantu kumpulan B40 khususnya belia jana pendapatan.
- Inisiatif Pakej Remaja Keluarga Malaysia dilanjutkan sehingga April 2023 untuk rapatkan jurang digital dalam kalangan belia.
- Kerajaan tanggung 80 peratus nilai caruman Perkeso untuk kurangkan beban golongan yang bekerja sendiri.
- Had caruman sukarela KWSP dinaikkan kepada RM100,000 setahun.
- Program i-Saraan dilanjutkan tahun depan, caruman padanan ditingkatkan daripada RM250,000 kepada RM300,000.
- Jumlah had pegangan ASB dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 .
- Kerajaan peruntukan lebih RM55 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi minimumkan kos sara hidup.
- Program Jualan Murah Keluarga Malaysia diteruskan di seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta.
- Insentif penggajian antara RM600 hingga RM750 sebulan selama tiga bulan akan dibayar kepada majikan yang mengambil OKU, Orang Asli, bekas banduan dan wanita mengganggur bekerja.
- Perkeso sedia bantuan mobiliti RM500 kepada individu dapat pekerjaan di luar negeri bermastautin, manakala RM1,000 untuk penghijrahan jarak jauh iaitu dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya.
- Tempoh perkhidmatan MySTEP sektor awam dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023, gaji dinaikkan RM100.
- Kadar Bantuan Awal Persekolahan dinaikkan kepada RM150, diberi kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.