Hisham.

GEORGE TOWN – UMNO Balik Pulau berpendapat pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu selaras dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi memastikan kestabilan politik negara.

Naib Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau, Hisham Abdul Hamid berkata, pimpinan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya selaraskan pemilihan ini bagi membolehkan rakyat memberi mandat kepada kerajaan yang stabil mentadbir negara.

Jelas beliau, naratif pimpinan Pakatan Harapan yang sering memainkan isu banjir untuk menyerang UMNO menggambarkan mereka tidak ada keyakinan meraih mandat rakyat.

“Tempoh sekarang ini sudah dikira matang untuk buat PRU15, tak perlu tunggu sampai habis penggal.

“Bagi pandangan saya, mengapa mahu perbesarkan isu banjir dalam hal pembubaran DUN serentak? jika mereka yakin mampu mendapat mandat rakyat baik teruskan saja.

“Kita sendiri tak tahu bila akan banjir. Keadaan iklim sekarang bukan macam dulu, nak kata hanya hujung tahun saja akan banjir besar sedangkan ada jua insiden banjir pada awal tahun jadi tak wajar untuk jadikan banjir sebagai alasan agar DUN tidak dibubarkan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Hisham, pembentukan kerajaan baharu yang stabil secara langsung lebih memudahkan pengurusan bencana sekiranya ia berlaku.

“Apa yang kita nampak PH saja tarik pandangan rakyat untuk membenci Barisan Nasional dengan menggunakan alasan banjir.

“Namun, harus diingatkan PRU15 diadakan demi mencari kestabilan politik negara selain memberi semula mandat kepada rakyat untuk membuat pemilihan,” kata beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast