Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

GEORGE TOWN – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang kekal dengan keputusan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, keputusan itu dibuat selari dengan ketetapan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Semalam saya menghadiri mesyuarat khas PKR di Petaling Jaya dan memang Presiden kata tidak bubar.

“Jadi, PKR negeri punya stand (pendirian) sama dengan pendirian Majlis Presiden (PH) yang mana keputusannya untuk tidak akan membubarkan DUN.

“Memang kata bazir masa, kos apa semua tapi kita perlu hormat keputusan telah dibuat oleh PKR pusat untuk tidak bubarkan semua negeri di bawah PH iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan serta Selangor,” katanya kepada pemberita di pekarangan Wisma DAP di Jalan Ranggon, di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Bakhtiar menghadiri mesyuarat PH negeri yang dipengerusikan Chow Kon Yeon bagi membincangkan keputusan pembubaran DUN Pulau Pinang.

Bagaimanapun, hasil perbincangan mesyuarat yang berlangsung lebih satu jam di Wisma DAP itu tidak dimaklumkan kepada pihak media.

Mengulas mengenai calon PKR Pulau Pinang yang akan bertanding pada PRU15, Muhammad Bakhtiar berkata, keputusan mengenai perkara itu hampir dimuktamadkan.

“PKR akan bertanding di empat kerusi Parlimen negeri ini dan ia membabitkan Balik Pulau, Bayan Baru, Permatang Pauh serta Nibong Tebal.

“Kita almost finalised calon dan ia membabitkan calon Parlimen saja la. Saya rasa, Pengarah Pilihan Raya PKR, Rafizi Ramli sudah sediakan semua dan keputusan akhir akan dibuat oleh Presiden,” kata beliau.

Ketika dia soal sama ada Muhammad Bakhtiar akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Balik Pulau, beliau berkata, ia belum ditentukan lagi.

I don’t know and i leave it to party (Saya tak tahu dan saya serahkan pada parti) untuk tentukan saya akan bertanding di Parlimen mana.

“Apa keputusan parti saya ikut dan am a party man (saya adalah orang parti),” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast