SPR
Gambar hiasan

 

ALUMNI Parlimen Belia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, walaupun mengambil alih kerajaan dalam keadaan Gelombang Politik yang tidak stabil namun beliau mengalas tugas sebagai Ketua Kerajaan dengan baik dan sempurna.

Bajet 2023 hanya hiasan menjelang PRU15?

Bajet 2023 yang dibentangkan di Parlimen dapat mengekalkan objektif teras kerajaan untuk membina semula dan mengukuhkan ekonomi negara selepas pandemik. Walaupun Parlimen telah dibubarkan, pembentangan belanjawan yang akan datang ini masih akan menumpukan kepada membina semula ekonomi negara.

Kami berharap agar Pembentangan Bajet 2023 bukanlah sia-sia walaupun Parlimen dibubarkan kerana ia menumpukan kepada hala tuju masa depan negara Laporan ekonomi menjelaskan tentang kedudukan kita pada hari ini dan hala tuju kita pada masa depan dari segi keluaran dalam negara kasar (KDNK) Sebagai contoh, defisit fiskal dijangka berada pada 5.8 peratus daripada KDNK bagi 2022 dan terus berkurangan kepada 5.5 peratus daripada KDNK pada 2023 peruntukan belanjawan tahun ini mungkin lebih kurang sama dengan tahun lepas, tetapi dengan defisit yang lebih rendah sedikit berbanding kira-kira 6.0 peratus dalam Bajet 2022.

Tahun ini, ia (defisit) mungkin tidak setinggi belanjawan sebelumnya kerana matlamat ‘belanjawan yang baik’ bukan untuk mengalami defisit yang sangat besar. Pada pandangan saya Bajet 2023 juga akan memperkukuh pemulihan dan daya tahan ekonomi serta melaksanakan pembaharuan menyeluruh melalui pendekatan kerajaan iaitu responsif, bertanggungjawab dan reformis.

PRU15: Jangan kitar calon yang hilang kepercayaan pengundi

Alumni Parlimen Belia Malaysia menghormati keputusan YAB Perdana Menteri untuk mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen  bagi memberi ruang kepada proses demokrasi. Namun kita perlu kaji adakah pada saat monsun beralih serta musim tengkujuh pembubaran Parlimen ini memberi makna yang sebenar kepada penghormatan pemilihan demokrasi?

Walaupun saya berpendapat dan menyambut baik pembubaran Parlimen yang disifatkan sebagai memulangkan mandat kepada rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil selari dengan kerajaan negeri. Namun ada beberapa negeri yang membuat keputuasan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing. Walaupun ia terpulang kepada pemerintah tertinggi negeri naungan masing-masing, bagi  saya untuk mengelakkan pembaziran wang, semua negeri perlu bersepakat untuk mengawal pembaziran tersebut dengan membubarkan DUN secara serentak.

Permintaan kepada parti-parti politik yang akan memasuki gelanggan pada PRU15 ini. Jangan sesekali meletakkan calon kitar semula sebagai calon PRU15 kerana mereka telah pun hilang kepercayaan serta mandat pengundi. Sebalik perkenalkan muka-muka baharu dalam kalangan anak muda watan yang memahami baik-buruk dan wilayah mereka.

Alumni Parlimen Belia Malaysia sentiasa menetapkan nilai neutralisme dalam pengangan politik kerana suara kami adalah suara akar umbi yang sentiasa tidak mendapat pandangan arus perdana. Kami juga sentiasa menyokong “ Goverment Of The Day” bagi mempertahankan kestabilan politik. Kami juga merupakan suara belia-belia yang akan mengundi pertama kali pada PRU15 bagi mencapai objektif Undi 18 tercapai.

Selamat maju jaya kepada semua calon yang akan masuk edalam gelangang PRU15, bagi pengundi anda mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memilih siapa yang perlu memerintah negara untuk lima tahun akan datang. Nasihat bagi adik-adik Undi 18 anda perlu meneliti sebelum memilih dan siapa yang anda pilih. Pastikan calon yang anda pilih itu dapat mengalas tugas dengan cemerlang demi masa depan masyarakat setempat.

Sivanesan Tamil Selvam
Ketua Penerangan
Alumni Parlimen Belia Malaysia