KUALA LUMPUR – Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal dijadikan sebagai lokasi untuk perlawanan akhir Piala AFC yang menemukan Kuala Lumpur City dengan Al-Seeb pada 22 Oktober ini.

Sebelum ini aksi final sepatutnya berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Keputusan yang diambil oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu dibuat selepas menilai semula masalah teknikal yang dimiliki Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Ini kerana, stadium tersebut tidak mempunyai pencahayaan lampu limpah yang menepati standard piawaian AFC iaitu 1800 lux.

Selain itu, AFC juga mengesahkan yang mereka akan melaksanakan Video Assistant Referee atau VAR.

Pelaksanaan sistem itu juga menyaksikan mengapa AFC menolak untuk menggunakan stadium di Cheras kerana kekurangan fasiliti untuk VAR.

Oleh kerana itu, mereka memilih untuk berpindah ke lokasi di Bukit Jalil bagi menjadi hos perlawanan akhir ini.

KL City akan cuba menjadi pasukan Malaysia kedua yang berjaya merangkul Piala AFC selepas Johor Darul Ta’zim melakukannya pada 2015.

Jika misi itu berjaya, KL City akan memperoleh trofi kedua dibawah kendalian Bojan Hodak selepas memenangi Piala Malaysia pada 2021. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast