Dura Adibah Roslan

MASAN, KOREA SELATAN – Penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dura
Adibah Roslan berjaya meraih Ministry of Foreign Affairs Award di pertandingan The 26th K-Speech World Contest – On Air yang berlangsung di Masan Culture Centre, Masan, Korea Selatan pada 1 Oktober 2022 lalu.

Pertandingan anjuran Changwon Special City bersama Korean Speech Organisation disertai oleh 16 negara dari seluruh dunia.

Dura, penuntut tahun tiga dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat telah
menyertai pertandingan ucapan yang disampaikan sepenuhnya dalam Bahasa Korea
bertajuk ‘ 자랑하고 싶은 말레이시아 문화 ‘ atau “Budaya Malaysia yang menjadi
Kebanggaan Saya (Malaysian Culture that I am proud of).”

Menurut Dura, dia amat meminati bahasa Korea dan berusaha sendiri untuk mempelajari
cara bertutur dan membaca hangul (huruf).

Kejayaan tersebut melayakkan Dura membawa pulang trofi berserta sijil anugerah Ministry of Foreign Affairs Award.

UTHM berharap kejayaan ini mampu menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus
mencipta kejayaan dan kecemerlangan sepanjang bergelar penuntut UTHM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast