WASHINGTON – Seorang suspek bersenjata membunuh sekurang-kurangnya lima orang, termasuk seorang pegawai polis yang tidak bertugas, dalam satu tembakan besar-besaran di Raleigh, Carolina Utara sebelum ditahan polis.
Insiden itu berlaku di kawasan kejiranan Hedingham di bahagian timur laut bandar itu, menurut polis.
Pihak polis telah meminta penduduk tinggal di rumah masing-masing.
“Ini adalah hari yang menyedihkan dan tragis bagi bandar Raleigh,” kata Datuk Bandar Raleigh Mary-Ann Baldwin pada sidang akhbar.
Suspek dipercayai seorang remaja dan memiliki pistol.
Dia ditangkap hidup-hidup.
Dalam pada itu, difahamkan empat lagi individu sedang dirawat kerana luka tembakan di pusat trauma WakeMed di Raleigh. – Agensi