Covid-19 positive cases
Petugas kesihatan melakukan kerja-kerja ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 FEBRUARI 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam meningkat lagi sebanyak 135 kes semalam berbanding 2,090 kelmarin kepada 2,231.

Peningkatan itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 sebanyak 4,825,183, kata KKMNOW.

Kes kematian juga bertambah kepada lima menjadikan angka kumulatif 36,415.

Kes aktif Covid-19 turut bertambah kepada 23,557 semalam berbanding 22,804 kelmarin.

Jumlah kes dirawat di hospital juga bertambah kepada 976 semalam berbanding 916 kelmarin.

Daripada jumlah itu 34 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 21 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes kuarantin di rumah pula sebanyak 22, 547.

Menurutnya, kes sembuh pula 1,473. – MalaysiaGazette