Senior Minister of Education Datuk Dr. Radzi Jidin speaks to the media after visiting SMK Presint 18 (1), Putrajaya in conjunction with the announcement of Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 result. PIX: MUHD NA'IM / MalaysiaGazette / 16 JUNE 2022
Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin

KUALA LUMPUR – Tindakan Kementerian Pendidikan mahu mengenakan tindakan tatatertib ke atas Cikgu Mohd Fadli Salleh kerana mengkritik kelemahan sistem persekolahan tidak mencerminkan suasana harmoni antara pengurusan dan pelaksana dasar.

Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat Amanah, Datuk Dr Hasan Bahrom berkata, sewajarnya KPM perlu ambil peduli kritikan itu kerana ia memberi kesan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

“KPM perlu meraikan kebebasan pandangan semua pihak dalam pembinaan sistem pendidikan yang mengambil kira kolektiviti dalam sesuatu urusan bagi mewujudkan persekitaran pendidikan yang matang, progresif dan harmoni.

“Kami ingin mengingatkan KPM agar tidak menjadi institusi yang mengenepikan kebebasan dalam memberi pandangan dan pendapat dalam kalangan warga KPM.

“Kami menggesa supaya KPM tidak mengambil tindakan di luar batas nilai manusiawi terhadap Cikgu Mohd Fadli atas sikap keberanian dan keikhlasannya demi melihat Sekolahku Sejahtera dapat direalisasikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mahu berjumpa dengan seorang guru mendakwa berdepan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat.

Artikel berkaitan: 

Ia susulan tindakannya yang menyuarakan masalah silibus aras tinggi bagi subjek Matematik dan isu beg berat murid.

Mohd Radzi menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi memaklumkan ingin mengetahui lebih lanjut perkara dibangkitkan guru Mohd Fadli – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast